Siapa Yang Tiada Masalah Dengan Tikus?

Tikus...tikus...tikus. Sana sini ada tikus. Salah siapa yer?

Simptom Penyakit Leptospirosis Bawaan Tikus

Masalah tikus semakin berleluasa. Setiap kali asyik terdengar tentang kematian akibat terkena penyakit kencing tikus - LEPTOSPIROSIS.

Kat Mana-Mana Pun Ada Tikus

Bayangkan Cik TI dalam kasut anda....eeeiiiii!.

Masalah Tikus Mengundang Bahaya

Hindari tikus dengan segera. Jangan sampai anak-anak kat rumah kena gigit masa tidur!.

Kencing Tikus : Apa faktor, tanda, rawatan & langkah pencegahan

Kencing Tikus : Apa faktor, tanda, rawatan & langkah pencegahan

Allahyarham Izwan Pilus dan Din Beramboi adalah selebriti tanah air yang meninggal dunia kerana dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis. 

Mungkin sebelum ini, jangkitan kencing tikus jarang berlaku, tetapi hakikatnya, penulis difahamkan yang ia bukanlah asing kepada penduduk negara ini. Dan siapa kata tikus kecil tak bahaya. Hei! Kecil-kecil kena air kencing dia pun kita dah boleh kritikal. Apa itu kencing tikus? Apa faktor? Tanda? Dan bagaimana langkah pencegahan?

Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut. Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus.
Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

kencing tikus
Faktor risiko:
  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas – Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
  • Terdedah di tempat yang banjir di mana air kencing tikus tercemar di dalamnya, apabila terkena kulit yang luka, masuk dalam mata, hidung atau mulut (terminum) virus akan menjangkiti.
Tanda/Gejala:
  • Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
  • Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
  • Batuk tidak berkahak
  • Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
  • Radang selaput mata.
  • Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.
Rawatan: Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan:
  • Elakkan berkunjung ke kawasan yang ada air bertakung.
  • Jika terdedah dan berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit. Nasihat penulis jika anda terkena simpton virus ini, sila ke hospital dengan segera.
  • Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
  • Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
  • Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
  • Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dan sebagainya.
  • Menjaga kebersihan sekeliling, sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.

Pelatih Polis Mati Dijangkiti Virus Kencing Tikus Dan Adeno

Pelatih Polis Mati Dijangkiti Virus Kencing Tikus Dan Adeno

Minggu lps ada kes kematian pelajar sekolah krn H1N1, ni plak pelatih polis maut diserang bakteria leptospirosis dan virus adeno. Mcm2 skang ni, kena betul2 serius bab kebersihan lbh2 lg bila berada di tempat awam kan.



Kuala Kangsar: “Saya sangka dia demam panas akibat penat menjalani latihan dan tidak menyangka dia dijangkiti virus kencing tikus,” kata Zamilah A’ala, 52, ibu Mohd Azizan Azirid, 25, pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang meninggal dunia akibat diserang bakteria leptospirosis (kencing tikus) dan virus adeno, malam kelmarin. Menurutnya, Azizan yang mengikuti latihan di Pulapol Jalan Semarak, Kuala Lumpur pernah menghubunginya mengadu demam panas selang seminggu selepas mula menjalani latihan di Pulapol, tetapi masih meneruskan latihan.

“Saya terkejut apabila dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1 Mac lalu selepas pengsan ketika latihan kawat kaki.  Apa yang saya tahu dia mengalami demam panas, cirit-birit dan batuk sebelum meninggal dunia,” katanya.

Zamilah yang ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata, pada mulanya doktor gagal mengesan penyakit arwah sehingga anaknya itu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana paru-parunya mengalami jangkitan bakteria. Sepanjang berada di ICU, Azizan bergantung kepada mesin pernafasan. Selain kurang bercakap dan demam panas melampau, dia turut hilang selera makan menyebabkannya kurus.

“Ketika dirawat di hospital, arwah sempat memberitahu dia tidak mahu meneruskan latihan di Pulapol kerana tidak tahan dengan latihan,” katanya. Menurutnya, pada masa sama, arwah turut bimbang namanya akan disenarai hitam jika gagal menamatkan latihan sekali gus menyukarkan dia memohon jawatan lain dalam kerajaan.

Menurutnya, sebelum menerima tawaran sebagai pelatih konstabel polis itu, arwah bekerja sebagai pembantu jurujual di kedai runcit di pekan Kuala Kangsar sejurus tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Zamilah berkata, dia tidak menggalakkan arwah bekerja sebagai polis kerana pekerjaan itu bahaya namun akur kerana arwah sudah lama menanti untuk mendapatkan pekerjaan dalam kerajaan.

Difahamkan Mohd Azizan yang mula mendaftar sebagai pelatih konstabel di Pulapol di Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu, dimasukkan HKL pada 1 Mac lalu selepas tidak sedarkan diri. Selepas lapan hari, arwah yang berasal dari Kampung Sayong Tebing, Kuala Kangsar, di sini, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8 malam kelmarin, akibat serangan virus bahaya itu. hmetro

Apit Kiri Negara Kena Kencing Tikus

Apit Kiri Negara Kena Kencing Tikus

KUALA LUMPUR - Apit kiri skuad sepak takraw negara, Mohd. Syazreenqamar Salehan kini bertarung dengan masalah pernafasan gara-gara menghidap penyakit kencing tikus.



Pengumpan kelahiran Negeri Sembilan berusia 21 tahun itu terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban pada Sabtu lalu.
Dia dikatakan dijangkiti pe­nyakit itu ketika mandi-manda bersama rakan di sebuah kawasan air terjun di Negeri Sembilan beberapa hari lalu sekembalinya daripada menyer­tai Liga Sepak Takraw (STL) Zon Utara di Alor Setar, Kedah.

Penolong Setiausaha Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Tengku Adnan Tengku Burhanudin berkata, doktor memaklumkan kepadanya dan bapa Mohd. Syazreenqamar bahawa sistem pernafasan pemain itu masih belum stabil sepenuhnya.

“Mohd. Syazreenqamar merupakan aset dan pemain negara. Justeru itu PSM turut bertanggungjawab atas keadaan dirinya. Kami juga sedang berusaha sedaya-upaya untuk memberikan segala bantuan dan sokongan kepadanya,” katanya.

Dalam pada itu beliau melahirkan kekesalan dengan sikap segelintir pihak yang menyerang PSM menerusi laman sosial dengan mendakwa tiada seorang pegawai persatuan pun yang datang menzia­rahi apit kiri itu.

“Saya dan bapa beliau yang mendapat makluman terawal mengenai keadaannya ketika dipanggil berjumpa doktor sebelum berita dia sakit tersebar kepada umum.

“Bagaimana pihak berkenaan boleh mendakwa tiada orang PSM datang menjenguknya?

“Sepatutnya apabila saudara kita dalam kesusahan, kita berganding bahu membantu, bukannya menuduh orang lain yang bukan-bukan?” katanya.

Mohd. Syazreenqamar hampir membantu Malaysia menjuarai Siri Super Istaf Myanmar 2014-15 ketika bergandingan dengan Syahir Rosdi dan Khairol Zaman Hamir Akhbar, 2 November lalu.

Mereka hanya tewas tipis kepada musuh tradisi Thailand, 20-22, 21-18, 21-23 dalam perlawanan akhir di Stadium Tertutup Wunna Theikdi, Nay Pyi Taw.

Kisah Penderitaan Pesakit Kencing Tikus..

Kisah Penderitaan Pesakit Kencing Tikus..

Tiga tahun lalu ketika pregnant anak sulung, saya berada di semester akhir di U. Ketika kandungan berusia berusia 5 bulan lebih Dr dapati kelainan pada perut saya dan di refer ke GH di Klang. Setelah di scan didapati hati dan limpa saya membengkak dan Dr suspect hepatitis.


Kemudian kerana tak selesa dengan keadaan di hospital itu saya berjumpa Dr Hamid Arshat dan buat pemeriksaan darah. Sebulan selepas itu saya mendapat demam panas selama seminggu dan suatu hari saya merasa sakit dan sukar bernafas. Lalu saya minta untuk ditahan di hospital swasta di BAngsar. Ketika itu kandungan masih baik dan bergerak.

Selepas di X-ray saya ditahan di ICU. Keesokan harinya saya merasa begitu sukar bernafas dan anak tidak bergerak lagi dlm perut. Saya merasakan seperti Allah ingin mengambil nyawa dan sempat meminta ampun kpd ayah dan suami yang ada berhampiran. Doktor terpaksa komakan saya kerana kesukaran bernafas dan saya tidak selama 8 hari.

Hari ketiga dimasukkan ke hospital. Dr Hamid dapati kandungan sudah turun dan beliau mengeluarkan bayi secara forcep dan menurut beliau bayi saya masih panas bermakna baru meninggal. Ketika itu kandungan berusia 29 minggu. Saya mengalami pendarahan yg teruk dimana darah keluar melalui salur peranakan, mulut dan hidung. Darah baru terpaksa dimasukkan hingga berpuluh-puluh pain mujur ramai datang derma hingga terlebih.

Doktor tidak tahu virus apa yg menyerang. Pada mulanya suspect denggi dan ada sorang Doktor pula dengan yakin telah memberitahu family saya bahawa saya mengalami leukimia peringkat teruk dan harap keluarga bersedia untuk pemindahan sum-sum. Kami cukup kecewa dengan sikap doktor tersebut yang memberitahu wlaupun belum pasti dan tanpa memikirkan perasaan keluarga saya ketika itu. Esoknya dia kata bukan pula.

Keadaan saya ketika itu memang teruk dan temperature memang tinggi. Ramai pelawat yg menitiskan airmata melihat keadaan saya. Kerana terlalu ramai pelawat saya dipindahkan dari katil yg dipisahkan dengan langsir kepada bilik yg pelawat hanya buleh lihat dari tingkap kaca.. suami dan ibu hanya dibenarkan masuk.. bilik itu memang mahal (ICU).. kerana Dr takdapat pastikan kuman itu datang dari mana (mungkin dari pelawat ker)... selepas 8 hari saya sedar dan dapati kandungan sudah tiada... ketika itu temperature demam saya naik semula dengan tinggi. Saya amatlemah ketika itu dan tak berupaya nak bergerak dan tidak selesa dengan darah2 kering pada hidung dan dalam mulut.

Selepas itu banyak hari juga saya langsung tidak dapat melelap kan mata mungkin terlalu lama tak sedar diri. Walaupun sudah 16 hari di ICU ... punca penyakit masih tidak diketahui... Apabila demam sudah kurang Lalu saya dipindahkan ke wad (ketika itu disuruh duduk pun saya akan terlentuk jatuh) dan masih dikawal rapi. Tiada sebarang pelawat dibenarkan masuk kebilik saya (kecuali suami dan ibubapa) dan mereka perlu memakai penutup hidungdan mulut (takut saya kena virus daripelawat). Saya ditahan lagi selama 10 hari utk dimasukkan antibiotik (ketika itu memang seksa).

Akhirnya doktor mengatakan bahawa saya diserang virus Laptospirosis (virus kencing tikus) yang buleh merosakkan hati limpa, buah pinggang dan jika sampai keotak buleh membawa maut. Ia masuk ke salur darah. Tidak tahu mana saya terkena virus itu. Tapi selepas saya keluar ada beberapa orang yang kena begitu. Ketika itu juga virus itu sedang merebak di Thailand. Selama hampir sebulan di tahan dihospital saya terpaksa menahan perasaan sedih kerana kehilangan anak. Saya kena kuatkan semangat untuk cepat sembuh dan keluar dari hospital.

Suami saya juga selama itu juga dia berumahtangga di hospital. Saya tak dapat bayangkan perasaan dia dan keluarga. Kami baru saja 10 bulan berkahwin. Kerana kemasukkan darah baru juga terlantar lama atas katil serta kehilangan berat badan yg banyak menyebabkan saya lemah untuk berjalan... Saya terpaksa belajar berjalan semula dan berusaha agar tidak mengikut perasaan yang sedih.

Saya juga terpaksa menangguhkan study ke semester depan. Bil hospital pun begitu mengejutkan kami ... dengan bil itu kami hampir boleh memiliki sebuah Proton Waja. Saya tidak melakukan sebarang pembedahan tetapi Ini kerana saya ditempatkan di bilik waktu di ICU dan juga menggunakan alat yg mahal bagi pernafasan . Doktor ada mengesyorkan utk berpindah ke hospital lain ketika itu.. tapi keluarga saya mengatakan duit boleh diusahakan tapi nyawa.... Doktor Hamid menyifatkan saya seperti mati hidup semula dan menasihatkan agar tunggu setahun utk pregnant semula kerana keadaan saya yang memang teruk... Doktor2 yang merawat pun sedih melihat diri saya.

Dengan takdir Allah selepas hati, limpa saya mengecut ke saiz asal dan darah sudah stabil , lapan bulan selepas itu saya pregnant. Kini anak kedua saya (lelaki) sudah berusia 2 tahun 4 bulan dan amat lasak. Anak sulung saya yang meninggal itu bayi perempuan. Selepas kejadian itu saya cukup fobia dengan tikus walaupun doktor kata saya tidak akan lagi terkena kerana sudah imun dengan virus itu. Dengan itu saya ingin menasihatkan para ibu atau sesiapa sahaja berjaga-jagalah dengan haiwan itu dan juga kucing(kencing kucing pun bahaya).

BAHAYA PENYAKIT LEPTOSPIROSIS (KENCING TIKUS)

BAHAYA PENYAKIT LEPTOSPIROSIS (KENCING TIKUS)

Semenjak negara digemparkan dengan berita tentang enam kematian yang disebabkan oleh penyakit Leptospirosis dan Melioidosis. Akhbar-akhbar tempatan mula membangkitkan isu penyakit ini, malah ada yang mengatakan bahawa penyakit ini adalah penyakit baru dan misteri di Malaysia. Pendapat ini adalah salah! Leptospirosis bukanlah penyakit baru di Malaysia, tetapi ia merupakan penyakit yang jarang berlaku.
.



Apakah itu Leptospirosis?
Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung daripada haiwan kepada manusia.

Leptospirosis di Malaysia?
Leptospirosis di Malaysia telah dikesan buat pertama kalinya pada tahun 1925 oleh seorang saintis bernama Fletcher W. Setelah itu, para saintis telah membuat kajian yang lebih terperinci bagi menjejaki kes-kes Leptospirosis di Malaysia. Sebagai rumusan, para saintis mengumumkan bahawa penyakit Leptospirosis amerupakan endemik di negara kita pada waktu tersebut.
Kes pada tahun 1925 tersebut merupakan kes yang membawa maut (fatal case) yang disebabkan oleh bakteria Leptospirosis icterohemorrhagiae Fletcher W. juga telah mengenal pasti serotip-serotip lain daripada genus Leptospira di dalam sampel-sampel biologi daripada 21 orang pesakit. Pada tahun 1926 pula empat kes telah dikesan di Singapura (yang ketika itu masih sebahagian daripada Malaysia) oleh saintis Galloway.

Pada peringkat awal penyakit ini dikesan di Malaysia, kebanyakan pesakit menunjukkan simptom demam kuning (jaundis), manakala dalam kalangan askar pula, simptom yang ditunjukkan adalah demam panas.
Bilangan kes dan kematian yang disebabkan oleh Leptospirosis pada waktu itu sangat membimbangkan. Para saintis telah menggelar penyakit ini sebagai penularan penyakit baru dalam kalangan masyarakat Malaya.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006, sebanyak 527 kes leptospirosis telah dicatatkan, dan pada tahun 2007 pula, terdapat peningkatan kes sebanyak 929 kes dilaporkan.

Pada tahun 2010, negara digemparkan dengan berita kematian enam individu akibat Leptospirosis dan Melioidosis Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran. Terbaru, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, seorang anggota bomba merupakan korban terbaru penyakit ini, yang sekali gus menjadikan angka korban yang kelapan dalam sela masa kurang sebulan. 

Apakah penyebab Leptospirosis?
Leptospirosis disebabkan oleh bakteria gram negatif dari genus Leptospira. Leptospira pertama kali dikenal pasti sebagai penyebab Penyakit Weil di Jepun, yang biasa berlaku ke atas pelombong arang batu. Genus Leptospira mempunyai sekurang-kurangnya 18 spesies dikelaskan berdasarkan hubungkait DNA dan lebih daripada 300 serotip berdasarkan ujian makmal.

Leptospirosis yang tergolong dalam kelas zoonosis merupakan penyakit berjangkit paling umum menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan di dunia. Penyakit Weil pula adalah sejenis Leptospirosis tahap serius.

Apakah jenis-jenis haiwan yang boleh menjadi reservoir kepada bakteria ini?
Tikus dan haiwan domestik seperti lembu, khinzir dan anjing sering menjadi reservoir utama bagi bakteria genus Leptospira ini. Haiwan yang telah dijangkiti dengan Leptospira boleh merembeskan bakteria tersebut melalui air kencingnya secara berperingkat-peringkat atau secara berterusan selama berbulan-bulan. Terdapat ada juga kes yang dilaporkan hingga bertahun-tahun haiwan itu masih boleh merembes bakteria tersebut. Malahan, haiwan yang telah mendapat vaksinasi juga boleh merembeskan bakteria ini melalui air kencingnya.  

Bagaimanakah bakteria ini boleh tersebar?
Leptospirosis boleh menjangkiti manusia secara langsung mahupun tidak langsung melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa tersebut. Bakteria genus Leptospira ini boleh memasuki saluran darah melalui luka, kulit  yang melecet dan melalui membran bermukus seperti mata, hidung dan mulut.

Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan yang dijangkiti. Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.

Manusia boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada air, makanan atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini. Ini juga mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit

Leptospirosis yang sering menerima jolokan demam `swamp’ atau lumpur, ini mulai ‘membina reputasi’ sebagai penyakit pekerjaan dalam kalangan tukang paip dan pekerja loji kumbahan sekitar tahun 1883. Lantas tidak hairanlah apabila kira-kira 30 hingga 50 peratus daripada kes Leptospirosis yang melibatkan manusia berlaku di tempat kerja.

Walaupun Leptospirosis dilabelkan sebagai penyakit pekerjaan (occupational disease) tetapi di negara-negara endemik, aktiviti rekreasi dan pengembaraan boleh menjadi faktor risiko utama pendedahan kepada bakteria genus Leptospira ini. Selain itu, orang awam juga boleh terdedah kepada bakteria ini melalui permukaan air bertakung, terutamanya selepas hujan dan banjir. Kawasan yang kotor dan tidak terjamin tahap kebersihannya, adalah lebih berisiko tinggi untuk menjadi kawasan Leptospira.

Jangkitan daripada manusia kepada manusia lain bagi penyakit ini jarang berlaku. Tetapi Leptospirosis ini masih boleh menular melalui hubungan seksual dan melalui penyusuan badan. Bakteria Leptospira masih boleh menjangkiti manusia lain melalui urin walaupun setelah berbulan-bulan selepas jangkitan.

Oleh kerana terdapat pelbagai jenis serotip bakteria Leptospira, maka seseorang pesakit yang telah sembuh daripada penyakit Leptospirosis boleh dijangkiti dengan strain lain dan boleh terus menyebarkan penyakit itu lagi.

Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom Leptospirosis?
Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis.

Ruam, demam kuning dan sensitiviti mata terhadap cahaya mula menyerang beberapa hari setelah simptom-simptom di atas mula reda. Penglihatan pesakit pula menjadi sedikit kabur. Simptom-simptom ini boleh berlanjutan sehingga beberapa hari dan mungkin juga berterusan selama berminggu-minggu.

Simptom-simptom leptospirosis lazimnya kelihatan begitu umum dan pesakit biasanya beransur pulih selepas kira-kira lima hari. Jadi, tidak mustahil pada kebanyakan masa, ia sering disalahdiagnosiskan sebagai demam panas, selesema atau petanda biasa yang lain.

Leptospirosis ini boleh menjadi lebih kronik. Ini merangkumi Penyakit Weil, yakni kegagalan ginjal, sakit kuning dan perdarahan pada kulit dan selaput lendir. Meningitis (radang selaput otak) dan pendarahan di paru-paru juga boleh berlaku. Leptospirosis juga lambat-laun boleh membawa maut.

Apakah kesan jangka panjang Leptospirosis?

Proses penyembuhan Leptospirosis memakan masa yang lama. Pesakit-pesakit Leptospirosis kadangkala mengalami keletihan kronik yang berlarutan selama berbulan. Malah, ada juga pesakit yang mengalami depresi dan sakit kepala yang berterusan. Kadangkala bakteria Leptospira ini boleh tinggal di dalam mata untuk satu masa yang lama dan mengakibatkan radang mata yang serius dan kronik.

Siapakah golongan-golongan berisiko tinggi?
Golongan yang kerap terdedah kepada haiwan seperti pekerja zoo, veterinar dan mereka yang membela haiwan peliharaan adalah termasuk dalam golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat Leptospirosis. Selain itu, mereka yang bekerja sabagai peladang, pekebun dan rumah penyembelihan juga berisiko tinggi untuk terdedah kepada air, lumpur, tanah yang telah dikontaminasi oleh urin haiwan yang telah dijangkiti.

Golongan penggemar aktiviti sukan air atau rekreasi juga mempunyai risiko pendedahan terhadap air yang dikontaminasikan oleh urin haiwan pembawa seperti tikus, anjing atau khinzir.

Ada juga kajian dari Australia yang mengatakan bahawa lelaki adalah lebih kerap dijangkiti Leptospirosis berbanding wanita. 

Bagaimana diagnosis bagi mengesahkan penyakit ini?
Seseorang doktor mungkin mengesyaki Leptospirosis pada seorang pesakit yang mengalami simptom 1-2 minggu selepas terdedah pada urin haiwan pembawa tersebut. Leptospirosis hanya boleh disahkan melalui ujian darah yang menunjukkan kehadiran bakteria Leptospira.

Untuk membuat diagnosis Leptospirosis, dua ujian darah berasingan perlu diambil dalam tempoh lebih daripada dua minggu. Selain itu, bakteria Leptospira juga boleh didapati dari darah, cecair tulang belakang kepada otak dan air kencing.

Apakah langkah pencegahan bagi penyakit ini?

Leptospirosis adalah penyakit yang boleh dielakkan. Beberapa tip langkah penjagaan boleh diamalkan bagi mencegah pendedahan kepada bakteria Leptospira.
Tutup luka dan lecetan kulit dengan balutan yang kalis air sebelum anda memulakan aktiviti/kerja di ladang/kebun atau tempat-tempat yang berpotensi untuk pendedahan kepada bakteria ini

Pakai pakaian pelindung seperti sarung tangan, pelindung mata atau gogel, apron dan but apabila bekerja di ladang ataupun bekerja dengan haiwan-haiwan yang berpotensi untuk dijangkiti dengan Leptospira, terutamanya apabila anda berpotensi untuk terdedah pada urin haiwan tersebut.

Bersihkan diri dan tangan selepas membuat kerja-kerja di ladang dan kebun

Pastikan anda tidak makan atau merokok semasa berada berhampiran dengan haiwan-haiwan yang mungkin dijangkiti ataupun semasa bekerja di kebun/ladang yang anda mungkin terdedah pada tanah yang telah dikontaminasi dengan bakteria tersebut.

Elakkan aktiviti rekreasi atau berenang di tempat-tempat yang berkemungkinan dicemari oleh urin haiwan

Kawal kehadiran tikus di tempat anda dengan memastikan kebersihan yang optimum. Buang semua sampah sarap dan kemaskan buangan sisa makanan, bagi mengelak kehadiran tikus

Sebelum minum atau membuka makanan di dalam tin, pastikan anda membasuh/membilas penutupnya terlebih dahulu bagi mengelak kemungkinan dijangkiti bakteria ini. Tin-tin ini mungkin terdedah pada urin haiwan pembawa Leptospira ketika di dalam stor.

Pastikan haiwan peliharaan anda mendapat vaksin dan rujuk kepada Klinik Veterinar bagi mengelak haiwan peliharaan anda daripada dijangkiti bakteria Leptospira.

Apakah rawatan bagi Leptospirosis?

Leptospirosis biasanya dirawat dengan antibiotik seperti doxycycline atau penicillin. Ujian dan diagnosis mengambil masa yang lama dan pesakit boleh menjadi lebih parah jika terus menunggu. Oleh itu, doktor akan memulakan rawatan dengan pengambilan antibiotik sebelum mengesahkan pesakit dengan Leptospirosis. Rawatan antibiotik adalah kaedah yang paling efektif untuk Leptospirosis jika rawatan itu dimulakan awal.

Safra Aina Adnan
FOMCA

Kesedaran Tentang Bahaya Kencing Tikus

Perlu sedar bahaya kencing tikus

KUANTAN - Kakitangan Jabatan Perhutanan Pahang diingatkan menggunakan sarung tangan dan but ketika bertugas di 32 kawasan hutan lipur di negeri ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kencing tikus atau leptospirosis.



Timbalan pengarahnya, Norhaidi Yunus berkata, kakitangan yang bertugas di hutan termasuk di kawasan hutan lipur antara yang berisiko tinggi dan  perlu sentiasa memberi perhatian terhadap kebersihan, langkah pencegahan perlu sentiasa diberi perhatian sepanjang berada di kawasan berisiko.

Menurutnya, kakitangan terutama yang bertugas di kawasan hutan lipur di negeri ini perlu sentiasa mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan sarung tangan getah ketika melakukan aktiviti di tempat berkenaan.

“Selain itu, kerjasama pengunjung sentiasa diperlukan supaya sama-sama menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah dan sisa makanan merata-rata. Kita tidak ingin melihat kejadian penyakit kencing tikus yang menyerang Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran sebelum ini berlaku di tempat lain hingga menyebabkan kepada pelbagai masalah kepada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat bahayanya penyakit kencing tikus dan demam malaria oleh pegawai Pejabat Kesihatan Daerah yang disertai lebih 300 kakitangan Jabatan Perhutanan di Dewan Wisma Belia Indera Mahkota, di sini.

Norhaidi berkata, Unit Hutan Lipur Jabatan Perhutanan dan Pejabat Hutan Daerah sentiasa melakukan pemeriksaan di semua hutan lipur di negeri bagi memastikan tahap kebersihan selain menentukan kemudahan yang ada berada dalam keadaan baik.

Katanya, dengan jumlah kakitangan yang terhad Jabatan Perhutanan tidak mampu untuk melakukan kerja pembersihan secara harian, aktiviti memungut sampah hanya dilakukan secara berjadual.

“Saya bagi pihak Jabatan Perhutanan berharap pengunjung hutan lipur di negeri ini dapat memberi perhatian terhadap kebersihan, sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 pelancong pasti ramai berkunjung ke negara ini.

“Imej negara akan tercalar apabila tahap kebersihan di tempat tumpuan pelancong berada dalam keadaan tidak memuaskan,” katanya.

Bagi Zulkifli Abas, 53, program yang diadakan memberi peluang kepada kakitangan Jabatan Perhutanan memahami lebih mendalam terhadap bahaya serta langkah pencegahan penyakit kencing tikus.

“Sarung tangan getah perlu sentiasa digunakan ketika bertugas di kawasan berisiko seperti hutan lipur, kecuaian akan mengundang kepada jangkitan penyakit kencing tikus,” katanya.

Cara Menghapuskan Tikus Terbaik

Cara Menghapuskan Tikus Terbaik

Cara Menghapuskan Tikus Terbaik | Kalau cakap tentang tikus, mesti ramai yang mengeluh kan? Apa lagi menyumpah seranah makhluk kecil, kaki pendek, badan panjang dan muncung panjang tersebut. Sebenarnya, hari ni aku nak berkongsi cara menghapuskan tikus yang terbaik setelah aku buat kajian demi kajian.
cara menghapuskan tikus

Suatu ketika dulu, rumah aku ni sering dimasuki oleh tikus sehinggakan satu hari aku telah mengisyhtiharkan perang. Maka hari-hari aku akan memasang perangkap tikus , baik dari segi gam tikus mahupun perangkap tikus, semuanya aku dah pasang. Sampai kadang-kadang aku sendiri yang terpijak gam tu. Hampeh betul. Menggelupur aku masa tu. 


cara menghapuskan tikus

cara menghapuskan tikus

Bilangan yang aku dapat tangkap memang banyak. Tapi bilangannya tak pernah berkurangan. Makin hari makin banyak pula. Seolah-olah mencabar aku. Makin banyak yang aku bunuh makin banyak pula yang datang

Hinggalah satu hari, aku cuba membuat satu uji kaji. Lepas aku berjaya menangkap seekor tikus, aku bawa keluar. 

” Aku lepaskan kau. Tapi janji jangan masuk rumah ni lagi tau. Pesan kat kawan-kawan kau yang lain.” , pesan aku kepada tikus tersebut sambil membelai manja dan mencium pipi tikus tersebut kiri dan kanan. (Baiklah, tang belai dengan cium ni jangan percaya. Tahyul semua ni. Cuma ikut pada pesanan aku tu je.)

Luar biasanya, sejak daripada hari tu, tak ada seekor pun tikus yang masuk rumah aku lagi. Sampailah ke hari ni. Hurm, benarlah kata orang tikus ni sebenarnya adalah haiwan yang bijak dan faham kata orang. Aku tak taulah samada cara ini berkesan pada korang, tapi pada aku berkesan. Cuba korang buat. Tak cuba tak tau.

P/S : Cara ni hanya berkesan pada TIKUS sahaja, bukan pada CENCOROT. Aku pernah cuba kat cencorot. Tak berhasil. Cencorot ni insaf dia sehari je, esoknya dia masuk balik rumah aku. Hampeh.

Petua Menghalau Tikus Di Rumah Anda

Petua Menghalau Tikus Di Rumah Anda

PETUA MELAYU LAMA & MODEN

Pilihan 1: Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan binatang tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan.

Pilihan 2: Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di tempat yang selalu didiami oleh tikus.

Pilihan 3: Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui tikus.

Pilihan 4: Taburkan kawasan yang disyaki tempat laluan tikus dengan lada hitam atau black pepper. Tikus akan lari.

Pilihan 5: Tanam pokok durian belanda dan gunakan daun durian belanda. Caranya ialah letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu terdapat tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali. Tikus tidak akan datang lagi.

Pilihan 6: Bela kucing (bukan kucing makan “Friskies”).

Pilihan 7: Bela burung hantu (jika anda tinggal berhampiran sawah padi).

Pilihan 8: Taburkan serbuk lada Hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus.

Pilihan 9: Dapatkan buah jering dan tangkai jering. Letakkan di lokasi tikus selalu berkumpul.

Pilihan 10: Perangkap seekor tikus hidup-hidup. Gunakan perangkap berumpankan ikan masin. Jika anda berjaya tangkap tikus, kurung ia 2 atau 3 hari dalam stor atau bilik air ataupun di tempat tertutup. Beri minum sahaja. Kemudian, pada hari 4 bawa ia keluar dan beritahu kepadanya dengan suara yang kuat : "Jangan datang rumah aku lagi, kalau tidak.. aku kurung kau lagi. Ia tidak akan datang lagi bersama cucu dan bapa mertuanya serta besan dan ipar duainya.

Pilihan 11: Gunakan gajet eletronik yang dikenali sebagai “Ultrasonic Pest Reppeller” untuk menghalau tikus-tikus memasuki rumah anda. Alat ini dapat memberikan rasa kurang selesa kepada tikus-tikus. Bagi tikus-tikus yang berada dalam zon yang dipasang dengan gajet eletronik seperti "Ultrasonic Pest Reppeller" akan mengganggu mereka dengan bunyi ultra sound yang kurang menyenangkannya. Gajet ini juga mampu mengawal serangga lain seperti nyamuk lipas dan lain-lain serangga perosak.

Pilihan 12: Jika semua petua tidak berkesan juga, anda disarankan menghubungi syarikat pakar kawalan serangga untuk membantu anda menyelesaikan masalah ancaman tikus. Hubungi mana-mana pakar kawalan serangga atau syarikat Pest Control untuk sebarang bantuan.

NOTA:


a. Kaedah halau tikus sebenarnya mudah, iaitu bela kucing. Pesawah padi biasanya sengaja tidak membunuh ular sawa di sawah padi walaupun mereka tahu ular memberi bahaya, tetapi ular sawah padi juga memberi manfaat. Jangka hayat tikus ialah selama 2-3 tahun.

b. Tikus rumah ialah haiwan yang tidak tahu berenang tetapi boleh terbang (melompat) dari satu tempat ke tempat lain. Tikus mampu melahirkan anak sehingga lapan ekor dan mengawan 4 kali setahun. Ini bermakna ia mampu mempunyai anak sekitar 30 ekor dalam setahun.

c. Apabila terdapat tikus di rumah anda, jangan lupa simpan makanan, pinggan, mangkuk, belanga, kuali dan apa sahaja peralatan memasak dan peralatan makanan di dalam rak yang tertutup. Ini kerana kencing dan najisnya mampu memudaratkan anda atau keluarga anda.

d. Tutup semua laluan masuk. Periksa semua lubang-lubang yang memudahkan tikus-tikus memasuki rumah anda. Tutup dengan rapat lubang-lubang yang disyaki menjadi laluan masuk tikus-tikus itu memasuki ke dalam rumah anda dengan baik. Jangan biarkan sedikit ruang yang tertinggal kerana tikus boleh melolosi lubang yang sempit dan kecil.

APA ITU PENYAKIT KENCING TIKUS

APAKAH ITU PENYAKIT KENCING TIKUS?



ADAKAH TIKUS HAIWAN PEMBAWA BAKTERIA INI??

Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti  anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.


BAGAIMANA MANUSIA BOLEH DIJANGKITI?

Manusia boleh mendapat jangkitan Leptospirosis apabila mengharung atau berenang dalam air tercemar yang tidak mengandungi klorin. Bahkan, menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia selain sentuhan langsung dengan air kencing, darah atau tisu haiwan yang dijangkiti.

Bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Bagaimanapun, bakteria ini tidak dipindahkan dari satu individu ke individu lain.

Faktor risiko termasuklah:




  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas seperti petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.




  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.




  • Terdedah kepada peralatan dan haiwan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang sembelihan dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

    Kencing Tikus : Faktor, Tanda, Rawatan & Pencegahan

    Kencing Tikus : Faktor, Tanda, Rawatan & Pencegahan



    Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).



    Faktor risiko termasuklah:

    • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
    • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
    • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
    • Terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.
    Tanda dan Gejala
    Gejala :
    1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
    2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
    3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
    4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
    5. Radang selaput mata.
    6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

    Tanda dan ujian makmal
    1. Ujian sel darah putih (WBC).
    2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
    3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
    4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
    5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
    6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
    7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
    8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
    9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.

    Komplikasi

    Harapan(Expectations)(prognosis)
    Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

    Komplikasi:
    • Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
    • Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
    • Perdarahan yang teruk. <>• Respiratory (distress).
    • Kegagalan fungsi hati.
    • Kegagalan fungsi buah pinggang
    Rawatan

    Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

    Pencegahan

    Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat pe nyakit